KATA ADJEKTIF
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat
kosong dalam ayat di bawah ini.
1 Bunga mawar yang baru dipetik itu akan selepas beberapa hari.
A lembik C layu
B kulai D kedut
2 Kuih yang macam batu itu dibuat oleh kakak saya.
A keras C besar
B liat D pegun
3 Pokok kelapa yang itu telah ditumbang.
A senget C condong
B patah D bengkok
4 Encik Ramli berasa kerana anaknya lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan STPM.
A gembira C kagum
B megah D sedih
5 Luka di kakinya itu apabila terkena air.
A pahit C pedih
B kelat D bengkak
6 Pokok rambutan Pak Husin berbuah tahun ini.
A banyak C kuat
B lebat D rimbun
7 Badrul dibenarkan keluar daripada hospital setelah daripada demam panas.
A bebas C segar
B habis D pulih
8 Warna bajunya semakin selepas dicuci beberapa kali.
A surut C luntur
B kecut D lusuh
9 Suara Siti Nurhaliza yang pasti akan memikat hati pendengar.
A merdu C mersik
B nyaring D lantang
10 Kempen Cara Hidup Sihat itu mendapat sambutan yang agak daripada orang ramai.
A kendur C dingin
B lemah D tenang
11 Biskut itu kerana bekasnya tidak ditutup dengan rapat.
A rapuh C lembik
B lemau D hangus
12 Kamal bertutur dalam bahasa Portugis.
A elok C handal
B fasih D pintar
13 Kek yang disimpan terlalu lama itu sudah berbau .
A hangit C hanyir
B tengik D hapak
14 Air sungai yang mengalir dengan selepas hujan turun.
A kuat C deras
B pantas D segera
15 Zila tidak suka makan sayur peria kerana rasanya yang .
A pahit C manis
B masin D payau
Jawapan:
1 C
2 A 3
C 4 A
5 C 6
B 7 D
8 C
9 A
10 C 11 B
12 B 13
D 14 C
15 A
No comments:
Post a Comment