Thursday 24 November 2011

LEMBARAN SOALAN - Tanda Baca


TANDA BACA

   Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.



1 A   “Aduh sakitnya?” jerit Encik Chan.
   B    Aduh! Sakitnya! jerit Encik Chan.
   C    “Aduh, sakitnya!” jerit Encik Chan.
   D   “Aduh sakitnya, jerit Encik Chan.”

2 A   Badli Maniam Joseph dan Kasim berasal dari Kelang.
   B    Badli, Maniam, Joseph dan Kasim berasal, dari Kelang.
   C    Badli, Maniam, Joseph dan Kasim berasal dari Kelang.
   D   Badli, Maniam, Joseph, dan Kasim berasal dari Kelang.

3 A   Sambil berjalan dia berteriak “kuih, kuih, kuih,” berulang kali.
   B    Sambil berjalan, dia berteriak “kuih! kuih! kuih!” berulang kali.
   C    Sambil berjalan dia berteriak, “kuih, kuih, kuih,” berulang kali.
   D   Sambil berjalan, “Dia berteriak,  kuih, kuih, kuih,” berulang kali

4 A   Apabila balik dari sekolah nanti singgahlah sebentar di Kedai Pak Lamin. Belikan emak sekilo tepung tepung gandum kata emak kepada abang.
   B    “Apabila balik dari sekolah nanti, singgahlah sebentar di Kedai Pak Lamin, belikan emak sekilo tepung tepung gandum?” kata emak kepada abang.
   C    “Apabila balik dari sekolah nanti, singgahlah sebentar di Kedai Pak Lamin. Belikan emak sekilo tepung tepung gandum,” kata emak kepada abang.
   D   “Apabila balik dari Sekolah nanti, singgahlah sebentar di Kedai Pak Lamin. Belikan emak, sekilo tepung tepung gandum,” kata emak kepada abang.

5 A   Rakyat negara ini sentiasa hidup dalam keadaan yang harmoni, muhibah, aman, dan damai.
   B    Rakyat negara ini, sentiasa hidup, dalam keadaan yang harmoni. Muhibah, aman dan damai.
   C    Rakyat negara ini, sentiasa hidup, dalam keadaan yang harmoni muhibah aman dan damai.
   D   Rakyat negara ini sentiasa hidup dalam keadaan yang harmoni muhibah aman dan damai.

6 A   “Janganlah marah dan berkecil hati dengan perkara yang dicakapkan oleh Suhana tadi,” kata Halimah kepada Kalsom.
   B    “Janganlah marah dan berkecil hati. Dengan perkara yang dicakapkan oleh Suhana tadi!” Kata Halimah kepada Kalsom.
   C    Janganlah marah dan berkecil hati dengan perkara yang dicakapkan oleh Suhana tadi kata Halimah kepada Kalsom.
   D   “Janganlah marah dan berkecil hati dengan perkara yang dicakapkan oleh Suhana tadi?” kata Halimah kepada Kalsom.

7 A   “Wah! Sedapnya engkau duduk di sini. Bangun ini tempat saya,” sergah Ali.
   B    “Wah? Sedapnya engkau duduk di sini? Bangun ini tempat saya!” sergah Ali.
   C    “Wah, sedapnya engkau duduk di sini? Bangun ini tempat saya!” sergah Ali.
   D   “Wah, sedapnya engkau duduk di sini! Bangun! Ini tempat saya,” sergah Ali.

8 A   “Siapa yang bernama Wahid Hamid. Sila datang ke hadapan sekarang?” kata Cikgu Lim.
   B    “Siapa yang bernama Wahid Hamid? Sila datang ke hadapan sekarang,” kata Cikgu Lim.
   C    “Siapa yang bernama Wahid Hamid! Sila datang ke hadapan sekarang?” kata Cikgu Lim.
   D   “Siapa yang bernama Wahid Hamid, sila datang ke hadapan sekarang,” kata Cikgu Lim.

9 A   “Emak, Pak Long sakit kuat. Marilah kita melawat dia di hospital,” kata Zamani.
   B    “Emak, pak long sakit kuat? Marilah kita melawat dia di hospital!” kata Zamani.
   C    “Emak! Pak Long sakit kuat! Marilah kita melawat dia di hospital,” kata Zamani.
   D   “Emak. Pak Long sakit kuat. Marilah kita melawat dia di hospital,” kata Zamani.

10  A   Taman Tergantung Babylon taj mahal dan piramid adalah antara tujuh benda ajaib di dunia.
      B    Taman Tergantung, Babylon, Taj Mahal dan piramid adalah antara tujuh benda ajaib di dunia.
   C    Taman Tergantung Babylon, Taj Mahal, dan piramid adalah antara tujuh benda ajaib di dunia.
   D   Taman Tergantung Babylon, Taj Mahal, dan pyramid, adalah antara tujuh benda ajaib di dunia.

11  A   “Cis, berani kau mencampuri urusan aku!” sergah budi.
      B    “Cis, berani kau! Mencampuri urusan aku,” sergah budi.
      C    “Cis, berani kau mencampuri urusan aku?” sergah budi.
      D   “Cis! Berani kau mencampuri urusan aku,” sergah budi.

12  A   Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur?
      B    Ibu negara Malaysia, ialah Kuala Lumpur.
      C    Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur,
      D   Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur.

13  A   Janganlah kamu bersikap hidung tinggi, “kata Hamidah”.
      B    “Janganlah kamu bersikap hidung tinggi!” kata Hamidah.
      C    “Janganlah kamu, bersikap hidung tinggi,” kata Hamidah.
      D   “Janganlah kamu bersikap hidung tinggi,” kata Hamidah.

14  A   Ah aku tidak peduli perkara yang akan dilakukan oleh mereka kepada aku, kata Budin.
      B    “Ah! aku tidak peduli perkara yang akan dilakukan oleh mereka kepada aku,” kata Budin.
      C    Ah! aku tidak peduli perkara yang akan dilakukan oleh mereka kepada aku. Kata Budin.
      D   “Ah, aku tidak peduli perkara yang akan dilakukan oleh mereka kepada aku!” kata Budin.

15  A   “Amboi, merahnya baju awak. Di manakah awak beli!”  tanya Siti.
      B    “Amboi, merahnya baju awak! Di manakah awak beli?”  tanya Siti.
      C    “Amboi! merahnya baju awak? Di manakah awak beli?”  tanya Siti.
      D   Amboi merahnya baju awak? Di manakah awak beli?  tanya Siti.



Jawapan:
1  C  2  D  3  B  4  C  5  A  6  A  7  D  8  B
9  A  10  C  11  A  12  D  13  C  14  D  15  B

1 comment: