Thursday 24 November 2011

LEMBARAN SOALAN - Kata Ganda


KATA GANDA
   Pilih kata ganda yang memberi maksud banyak.


1 A   Pokok hati-hati banyak terdapat di belakang rumahnya.
   B    Angan-angan Hawa apabila dewasa nanti ialah menjadi tokoh korporat yang berjaya.
   C    Baju-baju yang dijual itu kebanyakannya dari negara Thailand.
   D   Dia jarang-jarang pulang ke kampung setelah datuknya tiada lagi.

2 A   Segala hutang-piutang telah dilangsaikan apabila dia mendapat bonus tahun lepas.
   B   Alang-alang rumahnya hampir patah kerana reput.
   C   Sakinah memakai anting-anting hadiah daripada ibunya.
D   Rambutnya kusut-masai apabila turun dari bas.

3 A   Kuih abuk-abuk dibuat daripada sagu
   B   Ayah membawa pulang gula-gula untuk adik.
   C   Otak-otak yang dibuat oleh Mak Minah enak rasanya.
   D   Kakak membakar biskut-biskut itu di dalam ketuhar gelombang mikro.

4 A    Pokok ribu-ribu tumbuh liar di belakang rumah.
   B    Dahan rambutan itu telah dipenuhi pokok api-api.
   C    Di dalam kolam itu penuh bunga-bunga teratai yang cantik.
   D    Abang meragut pokok duit-duit yang melekat pada batang durian.

5 I      Jalan yang berkelok-kelok itu perlu diluruskan segera.
   II    Mereka memang arif akan selok-belok perniagaan.
   III   Pihak polis sedang mengawasi tindak- tanduk pemuda kutu rayau itu.
   IV   Mulut Azri kumat-kamit semasa membaca novel cinta itu.
   A    I dan II                   C    I, II, dan III
B    I dan III                 D   II, III, dan IV

6 I     Aidil berasa kagum apabila melihat serba-serbi keperluan ada di dalam rumah itu.
   II    Daging biri-biri digemari oleh orang-orang Barat.
   III   Penderaan kanak-kanak perlu diatasi segera.
   IV   Kicauan beburung pada pagi itu mendamaikan perasaan Solihin.
A    I dan III                 C    II dan III
B    I dan IV                 D   III dan IV

7    I      Pantai yang dipenuhi bahan-bahan buangan kilang itu tidak dikunjungi orang lagi.
      II    Belon udara panas itu berada di awang-awangan sejak empat jam yang lalu.
      III   Banyak cendawan yang tumbuh dari celah dedaun yang gugur itu.
      IV   Kekuda yang menopang alang rumah itu masih teguh lagi.
      A    I dan II                   C    I, II, dan III           
B    I dan III                 D   I, III, dan IV

8    I     Majlis tari –menari yang diadakan di rumah Joane itu berakhir lebih awal.
      II    Batu –batan yang digunakan untuk membuat bangunan itu bermutu tinggi.
      III   Bom yang jatuh di kawasan itu mengeluarkan bebola api yang menjulang tinggi.
      IV   Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara berperingkat-peringkat.
      A    I dan II                   C    II dan III
B    I dan III                 D   II dan IV


Pilihlah kata ganda  yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud berulang-ulang.

9. I     Pendatang tanpa izin itu merayu-rayu supaya jangan dihantar pulang ke negaranya semula.
   II    Dia melaga-lagakan kepalanya ke dinding seperti kehilangan akal.
   III   Zuriah biasa pergi ke hutan, kadang kala berhari-hari lamanya.
   IV   Cadangannya perlu difikirkan sedalam-dalamnya.
   A    I dan II                   C    II dan III
B    I dan IV     D         II, III, dan IV

10  I      Apabila ditanya, Azmi cuba berdalih-dalih.
      II    Gesekan biola yang mendayu-dayu itu menyentuh perasaan penonton.
      III   Kali pertama bertemu guru baru, hatiku berdebar-debar.
      IV   Pengganas Serb melepaskan tembakan yang bertalu-talu ke bandar Sarajevo.
      A    II sahaja                 C    I dan IV
      B    IV sahaja               D   III dan IV

11  I      Ayah mengetuk-ngetuk kepala paipnya pada bucu meja.
      II    Mata Hasri terkebil-kebil apabila dimarahi ibunya.
      III   Jalan yang berbonggol-bonggol itu berbahaya kepada semua kenderaan.
      IV   Asni sedang membalik-balikkan ikan yang digorengnya.
      A    I dan III                 C    I, II, dan III           
      B    II dan IV                D   I, III, dan IV



Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud saling.


12  I      Pak Razak tawar-menawar dengan penjual durian itu.
      II    Dalam rompakan bank itu, berlaku tembak -menembak antara pihak polis dengan perompak.
      III   Ramesh mengaru-garu kepalanya yang gatal itu.
      IV   Jangan bertolak-tolakan ketika menaiki bas sekolah.
      A    I dan II                   C    I, II, dan IV
      B    II dan IV                D   II, III, dan IV

13  I     “Marilah berkenal-kenalan dengan kawan saya,” kata Aini kepada Siti.
      II    Ganesh membelek-belek buku itu untuk melihat kandungannya.
      III   Rakyat berbilang kaum mesti mempunyai sikap hormat-menghormati.
      IV   Jangan berlumba-lumba ketika berbasikal di jalan raya.
      A    I, II, dan III            C    I, III, dan IV
      B    I, II, dan IV            D   I, II, III, dan IV

14  I      Mereka saling caci-mencaci.
      II    Rambutnya kusut-masai kerana tidak disikat langsung.
      III   Salman berjalan terhuyung-hayang dari satu gerabak ke satu gerabak kerana kereta api sedang bergerak.
      IV   Di celah-celah pokok itu kelihatan berkelip-kelip api pelita dari sebuah pondok usang.  
      A    I sahaja                  C    I dan III
      B    II dan II                 D   III dan IV

15  I      Azman tetap berbaik-baik dengan Aziz yang bermulut celupar itu.
      II    Dahari membawa adiknya bersiar-siar di tepi pantai.
      III   Ranting pokok itu berbuai-buai apabial ditiup angin kencang.
      IV   Adik mengemukakan  pertanyaan yang bertalu-talu kepada abah.
      A    I sahaja                  C    II dan III
      B    I dan III                 D   III dan IV  

  Jawapan:
1  C  2  A  3  D  4  C  5  C  6  B  7  B  8  C
9  A  10  D  11  D  12  C  13  C  14  A  15  A

No comments:

Post a Comment